ceritanya berbunyi begini,
Tamadun manusia tertua ditemui

MOKHTAR menunjukkan bengkel masyarakat paleolitik tertua yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak semalam.
LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.
Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.
Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.
Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.
jadi persoalan muncul dalam fikiran aku seperti mana yang kita tahu dan telah diberi tahu manusia tak lebih 30-40 ribu tahun.
"Kata Abdullah Ibnu Abbas: ”Jarak di antara nabi Adam dan nabi Nuh A.S ialah sepuluh kurun. Semua manusia pada waktu itu berpegang dengan Syariah yang hak, kemudian mereka berselisih kerana masalah yang dipegang mengikut pendapat masing-masing. Maka Allah mengutuskan para nabi sebagai mubassyirin (pemberi khabar gembira) dan munzirin (pemberi peringatan). Rasul yang pertama diutuskan selepas nabi Adam ialah nabi Nuh A.S”. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/237].Punca kekufuran mereka ialah kerana terlalu memuja orang yang soleh dikalangan mereka (al-ghulu fi hubbi as-solihin) dan inilah permulaan berlakunya syirik di atas muka bumi ini.
lalu ku petik tulisan dari http://www.mohdshamsaiman.net/blog/2010/11/21/bukti-umat-manusia-hidup-didunia-tidak-sampai-10000-tahun/comment-page-1/#comment-36326
__________________________________________________________________________________________
Dari Ibnu Abbas, dari (cerita) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (kepadanya), kemudian ia berkata: “Umur Adam adalah 1000 tahun”. Kemudian ia berkata: Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun.
[HR. Hakim]
Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah Nabi Allah yang dikurniakan umur paling panjang sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” (Qs. Al-Ankabut 14).
Terdapat banyak nasihat dan ibrah yang mendalam berkaitan dengan umur Nabi Nuh ‘alaihi salam yang panjang:
Beliau melewati beberapa abad lamanya berdakwah kepada kaumnya tentang Allah Ta’alaa, memperingatkan mereka dari siksaan-Nya, dan mengharapkan rahmat-Nya untuk mereka, namun beliau tidak putus asa, bahkan terus berharap supaya Allah memberi hidayah mereka melalui dirinya meskipun dalam waktu yang lama, maka umur beliau yang panjang merupakan pelajaran bagi para da’i, pengajar, murabbi dalam kesabaran, azam, dan keimanan.
Sebagaimana terdapat didalamnya nasihat dan ibrah bagi setiap manusia, sehingga menyedari bahwa kematian pasti akan datang walaupun dalam waktu yang lama, dan umur manusia hanyalah hari-hari yang berlalu seiring dengan terbenamnya matahari setiap harinya, sehingga tertutuplah tabir kisah perjalanan ruhnya yang dikaruniai kesempatan untuk menggapai kebahagiaan abadi di surga, alangkah bahagianya jika dahulu berusaha untuk mencapai kebahagiaan ini, dan alangkah ruginya jika dahulu telah menyia-nyiakan kesempatannya.
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dalam kitabnya “Az-zuhd” (358) dengan sanadnya dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu berkata: Telah datang Malaikat maut kepada Nuh ‘alaihi salam seraya berkata: Wahai Nabi yang paling panjang umurnya ! bagaimana anda mendapatkan dunia dan kelezatannya ? Beliau menjawab: seperti seorang yang memasuki rumah yang memiliki dua pintu, lalu dia berhenti sebentar ditengah rumah, kemudian keluar dari pintu yang lainnya” selesai.
Muslim yang cerdik adalah yang menoleh kepada makna dan ibrah ini, sehingga membangkitkan azam yang kuat dalam dirinya dan mendorongnya untuk beramal, tidak sepantasnya banyak menyibukkan dirinya dalam rincian-rincian sejarah yang penjelasannya tidak pernah dilirik oleh wahyu, dan tidak sedikitpun dalil syarie yang muktamad membuktikannya.
Diantaranya adalah pertanyaan mengenai tepatnya umur Nabi Nuh ‘alaihi salam, karena telah diriwayatkan dari beberapa pendapat ulama salaf dari kalangan sahabat dan tabi’in, namun tidak ada kepastian sedikitpun dari Al-Qur’an maupun sunah yang jelas sehingga bisa menguatkan salah satu pendapat ini, akan tetapi kami akan menyampaikan pendapat-pendapat ini disini dalam rangka menambah ilmu yang dinukil oleh kiab-kitab salaf:
Pendapat pertama: 950 tahun: yaitu pendapat Qatadah rahimahullah.Disebutkan dalam “Tafsir Al-Qur’an Al-‘Adzim” karangan Ibnu Katsir (6/268):”Qatadah berkata: dikatakan bahwa umur beliau seluruhnya adalah seribu tahun kurang 50 tahun, beliau tinggal diantara mereka sebelum menyeru mereka selama 300 tahun, lalu menyeru mereka selama 300 tahun, dan tinggal bersama mereka setelah badai taufan selama 350 tahun” selesai.Ibnu Abi Hatim juga meriwayatkan seperti itu dalam kitab ”At-Tafsir” (18041).
Pendapat kedua: 1050 tahun, seperti dikatakan Ibnu Abbas radhiallahu ’anhu.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhu berkata:”Allah Ta’alaa mengutus Nabi Nuh ’alaihi salam ketika berumur 40 tahun, kemudian tinggal diantara kaumnya 1000 tahun kurang 50 tahun menyeru mereka kepada Allah, dan hidup setelah badai taufan selama 60 tahun sehingga manusia bertambah banyak dan menyebar” selesai.
Imam Suyuthi dalam kitab ”Ad-durr Al-Mantsur” (6/455) menisbatkan pendapat ini kepada Ibnu Abi Syaibah(7/18), ’Abd bin Humaid, Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Abu Syaikh, dan Al-Hakim (9/251) dan dishahihkannya dan oleh Ibnu Marduwaih.
Pendapat ketiga: 1020 tahun: ini pendapat Ka’aab Al-Ahbar.Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dalam kitab ”At-Tafsir” (18043) dari Ka’ab Al-Ahbar mengenai firman Allah: ”lalu dia (Nuh) tinggal diantara kaumnya seribu tahun kurang lima puluh tahun” dia berkata: ”setelah itu hidup selama 70 tahun”.
Pendapat keempat: 1400 tahun: diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dan merupakan pendapat Wahab bin Munabbih: lihat ”Tafsir Al-Qurtubi” (13/332).
Pendapat kelima: 1650 tahun: pendapat ’Aun bin Abi Syaddad.Dari ’Aun bin Abi Syaddad berkata: ”Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’alaa mengutus Nuh kepada kaumnya ketika berumur 350 tahun, lalu beliau menyeru mereka selama 1000 tahun kurang 50 tahun, kemudian hidup setelah itu selama 350 tahun”.
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dalam kitab ”At-Tafsir” (18044) dan At-Thabari dalam kitab ”Jami’ul Bayan” (20/17).
Pendapat keenam: 1700 tahun: pendapat ’Ikrimah .Dari ’Ikrimah radhiallahu ’anhu berkata:”dahulu umur Nuh ’alaihi salam sebelum diutus kepada kaumnya dan setelah diutus 1700 tahun” selesai.Imam Suyuthi dalam kitabnya ”Addurr Al-Mantsur” (6/456) menisbatkannya kepada ’Abd bin Humaid.
Pendapat yang kuat:
Imam Ibnu Katsir berkata dalam ”Tafsir Al-Qur’an Al-’Adzim” (6/268) setelah memandang ganjil pendapat-pendapat diatas: ”pendapat Ibnu Abbas radhiallahu ’anhu (yaitu 1050 tahun)adalah yang paling dekat”
_____________________________________________________________________________________________
jadi persoalan dia. adakan penemuan tulang manusia di malaysia adalah satu penipuan? adakah penemuan fosil2 manusia lain di tempat lain ada menarik perhatian sahaja?
terdapat jugak ulamak dan para ilmuan islam mengutarakan pendapat bahawa sebelum adam sudah ada makhluk seakan manusia tg telah diturunkan oleh Allah bedasarkan kepada ayat di bawah
firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“
ini menjadi hujah untuk sesetengah ilmuan mengatakan bahawa sebelum ini sudah ada makhluk berakal melata di muka bumi ini. atas hujah bagaimana malaikat tahu ke manusia akan melakukan kerosakan kecuali mereka pernah melihat nya sendiri ( berdasarkan kepada kepada pengalaman)
Wallahualam.. aku pun tak tau.. tapi satu benda menarik membuatkan aku terfikir.
mungkin kita perlu lihat dua2 kenyataan ini (sains dan alquran) dari dua sudut/soalan berbeza
mungkin kita perlu lihat dua2 kenyataan ini (sains dan alquran) dari dua sudut/soalan berbeza
No comments:
Post a Comment